Bila bercinta mesti pasangan kita akan
senantiasa setia kepada kita, tahukah anda ayat yang paling power dan paling
baik dalam percintaan untuk mencairkan lagi hati pasangan kita.
Ayat 1
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa
kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Ayat 2
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang
indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun
kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?
Ayat 3
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta.
Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta
itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah
cukup untuk menerangi segalanya.
Ayat 4
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita
ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan
perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Ayat 5
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan
datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Ayat 6
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh
mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang
yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu!
Itu peraturan pertama bercinta!
Ayat 7
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam
rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika
diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya
satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Ayat 8
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar
keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada
‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Ayat 9
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa
Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang
lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Ayat 10
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu
benci, akan buat jiwa merana.
Ayat 11
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan
kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan
hendak beri kita pelangi.
Ayat 12
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita
impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita
tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita
harapkan.
No comments:
Post a Comment