NOR'AISYAH
KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT PENTAS LAKONAN DAN AKHIRAT ADALAH TEMPAT PENENTUANNYA
Friday, September 20, 2013
Saturday, May 4, 2013
ayat-ayat cinta
Bila bercinta mesti pasangan kita akan
senantiasa setia kepada kita, tahukah anda ayat yang paling power dan paling
baik dalam percintaan untuk mencairkan lagi hati pasangan kita.
Ayat 1
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa
kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Ayat 2
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang
indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun
kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?
Ayat 3
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta.
Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta
itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah
cukup untuk menerangi segalanya.
Ayat 4
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita
ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan
perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Ayat 5
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan
datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Ayat 6
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh
mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang
yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu!
Itu peraturan pertama bercinta!
Ayat 7
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam
rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika
diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya
satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Ayat 8
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar
keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada
‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Ayat 9
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa
Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang
lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Ayat 10
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu
benci, akan buat jiwa merana.
Ayat 11
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan
kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan
hendak beri kita pelangi.
Ayat 12
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita
impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita
tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita
harapkan.
Wednesday, May 1, 2013
*CINTA*
ulas kataku tidaklah seindah manisnya ceritera yg kau
coretkan..
tp ulas kataku adalah coretan ikhlas dr hati..
*segala persoalan telah dijawab oleh penulis sendiri..
pendapat & nasihat padat berinformasi..
namun..
persoalan yg seringkali ditanya dan mungkin sukar dijawab..
*cinta itu buta atau org yg bercinta itu buta?
banyak juga mereka2 bertanya,
*bagaimana peroleh cinta sejati?
mungkin jwpn ini sudah terjawab..
mungkin juga mereka2 masih keliru..
cinta...
cinta tidak mungkin akan jadi sejati,
bila mana mereka2 tidak mengenali diri mereka..
tidak mengenali siapa pencipta mereka..
juga yg pasti tidak mengenali siapa pencipta cinta..
carilah cinta Pencipta sblm peroleh cinta insan..
"Tuhan hya bg 1 rse cinta pd kte..peganglah ia sehebat
mungkin,& berikan cinta itu pd yg bnar2 cinta.."
ain pegang coretan kata yg dihadiahi insan istimewa..
bnar,SAYA xpna knal erti cinta
cinta sesama insan,
kerana saya msh mencari2 cinta yg Satu itu,
cinta Ilahi..
tidak selayaknya saya memberi kata ulas,
mengenai dalamnya cinta,tulusnya cinta..
* * *
* * *
kata org : kadang2 hidup ini tidak adil
kata saya : hidup ini cukup adil, tetapi ia jadi tidak adil
kerana kita yang membuatnya menjadi tidak adil kepada diri sendiri..
Tuesday, April 30, 2013
liku-liku kehidupanku 1..
kehidupN aku hampir-hampir musnah di sebbkan oleh abg kandung ku sendiri.. pernah suatu masa dulu sewaktu usiaku setahun jagung, dengan tidak mengerti makna sebenar kehidupan didunia ini,.. hidupku hampir2 di musnahkan oleh abg ku sendiri. tetapi perkara tersebut telah ku rahsiakan olh pengetahuan semua org termasuklah ibu bapa ku sendiri bukannya aku takut untuk bagi tahu mereka, tetapi sebab aku ingin menjaga hati mereka.. aku tahu hati ibu mana yang tak terluka sekiranya mengetahui peragai sebenar anak yang dikandung sebilan bulan 10 hari telah cuba memusnahkan hidup adiknya sendiri.. tetapi mujur perkara itu tidak berlaku tp perasaan takot tersebut masih ade.. sampaikan aku terpikir adekah aku ni layak untuk hidup bahagia macam orng lain.. ade lagikah peluang untuk aku kecapi bahagia ini..
penah
1 hari cikgu seni aku tanye
"sha
bila agak2 awak nak kawen"?
dengan
penuh semangatnye aku cakap
"saya
tak nak kawen"..
Bila ada
Bila ada yang sayang ,Jangan dilukai hatinya ...Bila ada yang cinta ,Jangan titiskan air matanya ...Bila ada yang menanti,Janganlah pergi meninggalkannyaBila ada yang kasih,Jangan membenci ..Bila dia pergi ,carilah ia selagi dia bererti ...
Kita merancang Allah juga merancang tetapi sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah...
✿~ hari ini kita masih bersama...esok kita mungkin akan terpisah...✿~ hari ini kita sihat...esok mungkin kita tiada lagi di dunia...✿~ hari ini kita kaya...esok mungkin kita akan miskin...✿~ hari ini kita mencintai...esok mungkin kita membenci...✿~ hari ini dia datang...esok mungkin dia pergi...“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”
BILA DOSA
◕Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa..◕Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa..◕Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan di dalam hati yang bersarang noda..◕Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa..◕Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..❝Sesungguhnya PENDENGARAN, PENGLIHATAN, dan HATI semuanya itu akan diminta bertanggungjawab❞ (al-israk:36) .
Subscribe to:
Posts (Atom)